Monday, February 28, 2011
handphone syndrome
Thursday, February 24, 2011
sebagai seorang pengarah, datin kena la jadi garang sikit kan..(poyo je lebih), so pagi2 lagi dlm pukul 8 datin dah arahkan mereka datang photoshoot..lalala
nak tengok?????
JOM!!!!!
Location: sekitar FBMK, UPM
Tema: Negara Asia
Kostum: sendirian berhad
Make up: sendirian berhad
Camera: datin, and ajk publisiti, Vatsala
~~~INDIA~~~
pic datin kena lebih...huh
~~~INDONESIA~~~
Nadirah
Hakimi...ekkk si lelaki acheh..
~~~CHINA~~~
Tuesday, February 22, 2011
steamboat lagi...kali ni di MAEPS Mardi
......lambaian kekeyangan.....
kurus pon tak bermakna sihat tau!!!
"ko gemok..tak sihat...banyak penyakit..."
tapi korang tau tak kalau kurus pon banyak penyakit??
haaa...cercite..cercite....
mai aku bg tahu 1 fact...
baca artikel kat bawah ni yg aku amik dr source ini!!!
Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk.
"Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan.
Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.
Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.
"Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting," kata Bell.
Daripada 800 responden, Bell mendapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — 'thin outside, fat inside'. "Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya," katanya.
Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.
Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.
Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.
"Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.
Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak 'tersimpan' yang memeranjatkan.
Monday, February 21, 2011
sekitar MAKP ke 19 (video)
hai...saje je nak tunjuk video2 selingan masa MAKP semalam...enjoy...ekkk...
hahaha...tergelak je stiap kali tgk video ni...izzah and intan sempat buat project mini...tgh syok2 aku dok feeling....dorang spoil...hahaha
Sunday, February 20, 2011
sekitar MAKP ke 19
Saturday, February 19, 2011
ada bakat ke????
(percubaan pertama datin menulis skrip sendiri)
Wednesday, February 16, 2011
disebalik nama S.U.H.A.I.L.A
so apa yang berlaku during that time... kira history ke pe benda lah...hurmmm... puas datin google tapi tak jumpa2 pon...*sigh... tak glamor ke??? ekkkk??? akhirnya terlintas lah dalam kepala lutut datin ni...ehhh kelapa otak...ehhh kelapa dara...ehhh *mai penampaq sekali...hahaha ok!!!! KEPALA OTAK datin ni idea ini:
datin: akak ku cayang...abah ada?
akak cayang: nak apa??
(gaya poyo dia lah)
datin: nak tanya abah,
betol ke nama aku ni diambil sempena nama Datin Suhaila??
(time jd isteri PM dlu..sekarang Toh Puan Suhaila)
(bukak mata hampa besaq2 k masa bace)
lepas beberapa saat....
akak cayang: ya lah...dah tau nak tanya lagi...saje je
datin: ehhh nak tanya lagi...
betol ke dia tu mak Tan Sri Hishamuddin??
isteri Tun Hussein Onn tu?
(bukak mata hampa besaq2 lagi naa)
akak cayang3x.....tut tut tut....
ceh..die letak dah.....
ok...back to my story....sebenarnya lepas 2 hari aku lihat dunia ni, nama aku still 'unknown' or 'anonymous'...oleh sebab nama2 tu terlalu mat shaleh sgt, so ayah aku pon pilih lah nama melayu cikit...cian nenek ngan atok aku nak sebut kan...kang dia orang panggil aku hoi hoi je kan...no no no...(mase umo 2 hari dah pandai geleng pale)...
so..masuk hari ketiga masa abah aku nak bagi nama aku dlm borang surat beranak, time tu die tgh dok telentang depan tv tgk brita tv3...dia pon dengar la berita kat tv tu:
FYI...atok aku sampai la ni keep calling me datin ok...dia kata dia suka panggil aku datin cz aku suke benda yang bling2....bling2 ngan aku memang xleh pisah...macam datin la sgt kan.... aku pon... stiap kali kalu dia panggil aku datin aku dok aminkan saja..mane la tau kan...malaikat tengah dok lalu...termakbul doa aku....
Tuesday, February 15, 2011
SALAM MAULIDUR RASUL
p/s: kalau masa sekolah dulu, mesti datin dah berarak ni pagi2 pegang sepanduk sambil melaungkan selawat nabi....miss that moment
Monday, February 14, 2011
ICE SKATING+AYAM PENYET
Thursday, February 10, 2011
selamat ulang tahun
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.
NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.
YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.
YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.
YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.
YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
Wednesday, February 9, 2011
siapa Aqil Haziq??? part II
Monday, February 7, 2011
Ayun Ayunar my Style Contest
then aku pon hantar la pic comot ni ke Ayun Ayunar yg cantik jelita tu..seyes..peserta2 len sume cun2 belaka...aishhhh
slogan aku punyalah ayu gila dan jujur gila kan...
Ayun Ayunar My Style Contest....
style biasa saja coz selesa untuk ke kelas dgn menaiki bus...really need and hope get any opportunity utk di make over...tunjuk ajar ku sifu AYUN AYUNAR!!!!
p/s: for me..being simple is the cutest way to show ur inner side...thanx...
p/s: kalau akak and adik aku bace mesti muntah hijau dieorang...huhu aku bg pon link via fb je coz malu nak bagi si gojes Ayun Ayunar tu baca blog aku yang cam batang buruk ni kan...
dekat bawah ni ada additional pictures...aceceh..dah macam bg prtfolio model pulak kan...
kita tunggu dan lihat la yek...sapa2 yang berminat jugak bleh la join skali...terus ke link ini ok... tarikh tutup adalah pada 28feb ni...selamat maju jaya!!!!
AYUN AYUNAR