CUBA CLICK!!!

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

kurus pon tak bermakna sihat tau!!!

selalu kan kita dengar or cakap..
"ko gemok..tak sihat...banyak penyakit..."
tapi korang tau tak kalau kurus pon banyak penyakit??
haaa...cercite..cercite....
mai aku bg tahu 1 fact...
baca artikel kat bawah ni yg aku amik dr source ini!!!


Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk.

"Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan.

Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

"Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting," kata Bell.

Daripada 800 responden, Bell mendapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — 'thin outside, fat inside'. "Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya," katanya.

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.

Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

"Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.

Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak 'tersimpan' yang memeranjatkan.

Saturday, January 15, 2011

perkara yang patut ada sebelum kahwin

Sebelum berkahwin, (untuk perempuan sahaja) kalau b0leh biarlah ada 4 perkara ni.

1. Rumah- Jangan bergantung dengan lelaki. Jangan fikirkan perkara yang manis-manis sahaja. Fikirkan sebaliknya. Andai kata, waktu pertengahan usia perkahwinan. Kita berselisih faham dan akhirnya bercerai. Malangnya, kita tiada rumah dan selama ini menumpang rumah di atas nama suami. Kemana mahu pergi selepas bercerai dan dihalau???

2. Kereta- Kita perlu berdikari dan bantu suami. Jangan selalu sangat mengharapkan suami. Kalau boleh, biar ada 2 kereta di rumah. Memang tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga tapi janganlah hal-hal kecil pun kita nak minta dia tolong kan? berdikari beb! Soalnya, kalau tiada lulusan dan tiada ongkosnya…camna nak beli kereta kan? Unless korang anak orang kaya…


3. Duit simpanan
- my mom selalu pesan. Simpan duit. simpan duit, simpan duit. Sekarang jangan fikir nak pakai. Duit tu simpan dalam 1 akaun yang takkan ada orang tahu pun. Suami pun tak perlu nak kasi tahu (ada lelaki yang mata duitan kan?). Duit ni untuk simpanan masa tua nanti. Kot-kot dapat anak haram jadah kan? Nak dicampaknya kita ke rumah orang tua..time ni, keluarkan duit dan minta belikan kondo sendiri. cool kan? muahahaha

4. Kerja
- aku tak tahu macam mana orang tak berkerja boleh berkahwin. Serious. Mungkin belanja kahwin ibu ayah yang support. Itu biasa. Tapi, macam mana kalau ada anak nanti ek? Dah ada duit simpanan ke kalau nak beranak nanti? nak cari selepas berkahwin? hmm..entahlah. Lain orang, lain caranya. Cuma, kalau boleh aku mahu ada kerja sebelum kahwin :( aku tidak mahu mengharapkan duit suami. Nanti suami ada alasan baik punya masa bergaduh. kikikiki (tapi orang memberi kita menerima kan....tu dia dah wajib bagi nafkah tiap bulan) yeee stuju3!!!!

p/s: so..korang fikir2 kan la dan pilih jalan yang bijak..buat perancangan awal...(nasihat mcm profesor pulak) tapi kalau seru anda tu dah datang awal, perancangan ni jgn anda batalkan pulak...rezeki lepas kahwin tu kan selalu ade...buat ye jgn tak buat... sebab mungkin sebelum kahwin anda fikir ini semua adalah mustahil... please do for ur own sake...tak kira la b4 or after anda berkahwin

Sunday, October 10, 2010

Beza Suka Dan Cinta

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

11 Tips Dalam Berpasangan

1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??


6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita

“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!


Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.


Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Tuesday, August 17, 2010

7 Tips Beraya ke Rumah Si Dia

Si dia mengajak anda beraya ke rumahnya! Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan!

Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu matching dengan baju. Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan bakal mertua. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan ata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan mak datin. Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat lampu merah.


Tip 1: Jaga Penampilan

Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan jeans sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.


Tip 2: Bawa Teman

Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.


Tip 3: Kenali Ahli Keluarganya

Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat green light untuk masuk ke dalam keluarga si dia.



Tip 4: Jaga Adab Sopan

First impression selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.

Tip 5: Bersikap Ramah Mesra

Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda merapu. Dan jangan terlalu excited semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!


Tip 6: Murahkan Senyuman

Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam kerang busuk pulak!


Tip 7: Sediakan Buah Tangan

Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan ˜bakal menantu yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit duit raya untuk bakal adik-adik ipar, kan!

Ingin Tambat Hati Bakal Mentua?

Si Minah pastikan kekasih pandai jaga diri dan sopan santun apabila berdepan dengan ibu bapanya.

Lebaran bakal tiba. Lebih kurang tiga hari lagi. Tentunya kita semua ghairah nak sambut Syawal. Tetapi sebenarnya kan, dalam bab sambut-menyambut Raya ni, golongan Mamat dan Minahlah yang saya rasa paling happy sekali!

Bagi si Mamat terutamanya, ini kesempatan terbaik untuk mereka mengunjungi rumah sang kekasih, untuk berkenalan dengan ibu bapa si Minah. Ini kira macam minta consent atau kebenaran untuk mereka going steady (berpacaran) lah!

Saya tidak nafikan, untuk si Mamat mengunjung rumah kekasihnya, memang tidak susah. Tetapi nak menangi hati Pak dan Mak si Minah tu yang susah…

Jadi macamana??

Ginilah, kerana tidak mahu kaum Adam kita rasa sengsara apabila berhadapan dengan bakal ‘bapak dan mak mentua’, saya perturunkan pesanan daripada anak mereka, si Minah.

Ini semua bukan apa, si Minah tidak mahu si Mat yang dicintainya itu terus-terusan gelabah masa datang beraya nanti. Dengan penuh ikhlas Minah tulis mesej kepada si Mat:

Ke hadapan Matku yang dicintai…

Apabila datang beraya nanti, u mesti datang sorang…
Mesti pakai baju Raya tau! Kalau pakai baju biasa, bukan raya namanya my dear…

Kalau dah tahu lengan baju kurung tu panjang, tolong sinsing, jangan biarkan macam baju wayang Cina! Lipat betul-betul…macam Smart 4.

Tolong jangan selekeh bila datang tu. Mesti kemas, segak, murah senyum, pandai bawa diri dan berbual dengan my dad…

Sebelum masuk rumah kita, u check baju rapi ke tidak..rambut kene maintain tau! Kalau rambut panjang, ikat. Rambut tak mau tercacak-cacak.. O.K.!

Kalau hisap rokok, makan gula-gula sebelum datang ke rumah i! Dah tu, ambik minyak wangi spray betul-betul…nanti bapak i bau asap rokok u!!

Mat, bila dah sampai depan pintu nanti, kasut letak betul-betul ya. Jangan letak sembarangan. Tengok kat lantai tu, kasut orang lain macam mana taruk… susun sama-sama… Kasut yang u pakai pun mesti kasut Raya eh… murah pun tak apa, tapi jangan nak pakai kasut Pandan pulak.

Oh ya… tak payah nak tunjuk u ada motor. Helmet pun tak payah bawak naik ke rumah, tinggalkan aje kat motor…

Apabila dah sampai call me tau, cakap u nak naik…

Tapi…apabila dah kat pintu cakap “Assalammualaikum!”.

Mat, u jangan lupa, i kat dapur… jadi u kene gentleman ah sikit… Lepas tu jangan lupa salam siapa yang buka pintu… kemudian salam bapak i…

U kemudian tegurlah Mak i sekali, tanya: “Apa khabar, Cik? Saya Mamat”.

U mesti ingat Mat, darah i berderau kat dapur ni!!! Apabila dah duduk dengan my dad, standard, u mesti tanya khabar dia. Dah tu, u intro lah yourself, kemudian tanyalah… “Dah makan pakcik? Niari tak kerja?” O.K.???!!

Mat, kalau bapak i tanya mana u kenal i, jangan cakap yang kenal thru chatline pulak!! Cakap kenal daripada kawan-kawan O.K.?? Alah… u drop some names of the other chatters in the chatroom laaahh jadi credible sikit.

Kalau my dad tanya pasal tatu kat tangan, lengan dan jari u tu, cakap tatu tu dah lama buat. Jangan pulak u nak show off satu badan tatu u tu!! Kalau my dad tanya, “Awak ni kenal sama anak saya, serius ke main-main?” Cakap… u kenal dengan i baru 2/3/4 hari atau bulan atau tahun ke. Cakap… saya serius pakcik, insya-Allah kalau panjang umur, murah rezeki ade jodoh dan direstui ibu bapa, ade jodoh kami…

Oh sebelum i lupa…!! U datang tangan kosong pun tak ape… tapi keluar tu kene salam adik-adik i… U taukan, i ade EMPAT beradik. Seorang $10 tau!! Jangan lupa nasihat i ya Mat.

Sayang uuuu…
Minah

Monday, August 2, 2010

Rahsia Menarik Cinta Seseorang.




Kepada kaum hawa, anda harus baca artikel ini serta merta.

Kepada kaum adam, anda akan terkejut setelah habis membaca artikel ini.

Pernahkah anda terfikir, bagaimana sebenarnya proses tarikan berlaku. Tarikan yang saya maksudkan di sini adalah tarikan perasaan, emosi dan juga fizikal terhadap seseorang. Tertarik, tergoda, terpikat, jatuh cinta dan suka – Ini semua adalah hasil prinsip tarikan.

Kepada yang sedang bercinta, cuba ingat kembali saat bagaimana anda berasa tertarik terhadap pasangan anda sewaktu mula-mula bercinta dahulu. Kepada yang belum pernah bercinta, cuba anda bayangkan bagaimana anda boleh berasa tertarik terhadap seseorang sekarang.

Sudah pasti ada di kalangan anda menyenaraikan kualiti dan nilai positif seperti

Baik hati,Sopan
Tampan, Cantik
Romantik
(Isi kualiti dan nilai anda di sini)
Biar saya terangkan.

Manusia sememangnya dijadikan Tuhan untuk hidup berpasangan. Otak perempuan dan otak lelaki dicipta dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Lantas, proses tarikan di antara mereka adalah satu perkara unik dan menarik untuk dibincangkan.

Bagaimana jika saya katakan bahawa kualiti dan nilai yang membuat anda tertarik terhadap seseorang tadi adalah jawapan yang logik sekali. (anda mula mengangguk kepala )

Jawapan tersebut ‘masuk akal’ tetapi tidak LENGKAP!

Jangan terkejut. Biar saya terangkan.

Proses Tarikan Bawah Sedar

Pada waktu dulu-dulu, saya sering kehairanan bagaimanalah seorang awek cun boleh ber ‘couple’ dengan lelaki yang bagi saya amat tidak sesuai. Secara tepatnya, 180 darjah tidak sesuai sama sekali. Begitu juga sebaliknya.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku?

Hasil dari kajian dan pembacaan saya akhirnya baru saya memahami satu konsep yang secara naluri dan firasat normal memang tidak masuk akal. Hati kecil saya sendiri pun tidak setuju dengan apa yang saya baca ini. Anda pun sudah pasti akan terkejut.

Satu ayat ini mengubah persepsi saya tentang prinsip tarikan antara lelaki dan perempuan.

“Tarikan Bukan Pilihan”

Habis itu, apakah itu tarikan?

Tarikan sebenarnya adalah satu PROSES yang berlaku di minda bawah sedar kita. Erti proses adalah himpunan beberapa aktiviti yang berlaku untuk menghasilkan sesuatu. Dalam konteks perbincangan kita ini, hasil yang dimaksudkan adalah satu perasaan.

Cinta adalah satu proses.

Benci adalah satu proses.

Musnahkan pemikiran mistik anda sekarang yang menganggap perasaan seperti cinta adalah sesuatu yang mistik dan ajaib.

David De’Angelo, pakar ‘dating’ terkemuka dunia, yang memulakan teori ini dan menerangkannya secara mendalam di dalam buku bestseller beliau « Attraction isn’t a choice ».

Maksudnya di sini, anda tidak berasa tertarik dengan seseorang kerana anda MEMILIH untuk tertarik dengannya. Anda tidak membuat KEPUTUSAN untuk berasa tertarik dengannya. Anda tertarik dengan segera.

Pernakah anda melihat seseorang yang [masuk nilai positif di sini] dan anda merasakan bahawa anda tertarik dengan dia. Perasaan tertarik berlaku serta merta. Sekelip mata hati anda berkata “Aku tertarik dengan dia”.

Lelaki mahupun perempuan tidak akan melakukan proses penambahan terhadap kualiti dan nilai positif hasil dari pemerhatian terhadap orang yang mereka suka kemudian menganalisa hasilnya. Hanya robot yang melakukan semua itu. Kita hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Dan apabila anda keluar dan bertanya kepada ratusan orang lain untuk mejelaskan proses tarikan yang berlaku di dalam hidup mereka, sudah pasti mereka akan menggaru kepala kebingungan untuk memeberi anda jawapan.

Segalanya berlaku di luar fikiran ‘masuk akal’ mereka. Ianya berlaku secara bawah sedar.

Jadi apa perlu anda tahu semua ini?

Jika anda hendak mencari pasangan hidup anda ataupun sekadar membina kembali daya tarikan anda terhadap pasangan anda sekarang, maka anda harus tahu bagaimana untuk membina daya tarikan tersebut.

Jangan tanya KENAPA, tanya BAGAIMANA anda boleh membina daya tarikan yang kuat untuk menarik cinta ke arah anda.

Tanya diri anda, apakah proses yang harus berlaku di minda si dia untuk dia menyukai dan tertarik kepada aku ?

Secara tepatnya, anda perlu belajar ilmu untuk bagaimana meransang sistem limbik, iaitu satu bahagian yang terdapat di otak manusia yang meransang perasaan suka, sayang dan cinta.

Terdapat banyak kaedah yang anda tidak pernah dengar langsung hasil daripada kajian sains psikologi komunikasi moden seperti NLP, Gestalt dan juga ESQ.

Kaedah yang menjadi kegemaran saya ternyata banyak bersumberkan kajian NLP. Cukuplah saya mengatakan bahawa sesetengah kaedah untuk membuat seseorang berasa tertarik kepada kita agak manipulatif dan dipandang sebagai cara kotor oleh sesetengah orang. Sehinggakan sesetengah komuniti NLP sendiri tidak bersetuju dengan ajaran seperti ini.

Bagi saya, ianya bergantung kepada niat kita. Manusia tidak dilahirkan di dalam keadaan serba tahu. Manusia diberi kurniaan untuk belajar untuk menggunakan ilmu mereka ke arah yang mereka hendak tujui.

Saya tidak akan menghuraikan teknik-teknik kontroversi di dalam artikel ini kerana ianya cukup panjang dan memerlukan perbincangan yang lebih mendalam. Anda pun boleh pening nanti.

Cukuplah saya berkongsi kepada anda mengenai prinsip yang boleh mengubah hidup anda serta merta setelah anda habis membaca artikel ini. Anda telah pelajari bahawa manusia mempunyai proses tersendiri untuk berasa tertarik terhadap seseorang, dan proses tersebut berlaku di minda bawah sedar mereka atau ‘under the radar’.

Implikasi daripada kefahaman baru ini adalah anda mula membina satu kepercayaan di mana anda tidak semestinya memerlukan kualiti dan nilai positif yang hanya terdapat pada sesetengah insan yang beruntung. Anda tidak perlu ketampanan, kecantikan, dan kekayaan untuk menarik pasangan hidup anda.

Anda mempunyai satu kelebihan iaitu memberi fokus dan tumpuan anda untuk meransang minda bawah sedar orang yang anda minati untuk membuat dia tertarik kepada anda. Ini semua adalah ilmu moden yang tidak dibincangkan secara terdedah di Malaysia.

Kebanyakan teknik menyelamatkan cinta yang saya kongsikan di dalam Ebook Seni Selamatkan Cinta menggunakan ilmu moden kontroversi ini. Saya menggunakan ilmu ini di dalam kehidupan saya sendiri dan begitu juga komen positif dari pembaca yang telah mempraktiskan teknik yang saya kongsikan.

Bila anda rasakan kehidupan anda tidak seindah insan lain, usah gusar kerana kita dilahirkan dengan kekuatan tertentu. Kita mempunyai minda yang sentiasa menghormati dan berjuang untuk tuannya, iaitu diri kita. Anda sebagai tuan haruslah memberi pengisian yang berkualiti untuk minda anda agar ia dapat memproses pengisian itu dan menjadikannya matlamat perjuangan baru.

Untuk menutupi perkongsian saya hari ini, saya senaraikan isi utama yang anda harus fahami untuk menarik cinta ke dalam hidup anda.

Tarikan Bukan Pilihan.
Seseorang tidak membuat pilihan secara sedar untuk menjadi tertarik terhadap seseorang. Ianya berlaku di minda bawah sedar. Jika anda tahu untuk meransang minda bawah sedar seseorang, sudah pasti anda akan dapat apa yang anda mahu dari dirinya.

Perasaan Tertarik Adalah Satu PROSES
Cinta, sayang, rindu, suka, benci. Apakah semua ini?

Ianya tidak lain tidak bukan hanyalah satu PROSES. Anda tidak boleh tiba-tiba berasa sayang atau rindu. Perasaan sayang dan rindu hanyalah satu hasil akhir daripada beberapa aktiviti yang berlaku di dalam minda kita.

Musnahkan kepercayaan limitasi anda yang mengatakan perasaan itu adalah nasib atau takdir semata-mata. Jika anda mengetahui bagaimana untuk membuat seseorang memulakan sesuatu proses di dalam minda mereka ( katakana perasaan cinta), maka anda akan menjadi orang yang paling bahagia yang pernah anda ketahui di muka bumi ini.

Ok, semoga perkongsian dan 2 pengisian penting yang saya tulis pada artikel ini dapat membuka mata hati anda tentang satu kesedaran bahawa hidup anda cukup indah dan peluang hanya menunggu anda untuk menggapainya.

Tuesday, July 6, 2010

FIKIR SEBELUM BELI


haa...entri ni aku c&p dari iedazcollection.blogsport untuk membantu kawan-kawan dalam berfesyen...kadang2 kita rasa apa yang kita pkai tu lawa, tapi di mata orang len nampak pelik...so untuk mengelakkan orang pandang kita dengan pandangan yg semacam 2 macam, so korang jangan SS(syok sendiri) k yg konon2 orang yang pandang 2 peminat separuh mati korang....

Bertubuh Rendah
Perlu berhati2 dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing. Elakkan pakaian yang bermotif/ corak terlalu banyak. Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel.Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. Untuk seluar,pilih yang berpotongan lurus atau wide leg.Skirt pula sebaiknya skirt mini atau maxi.Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis,anda boleh nampak lagi PENDEK!!

Bertubuh Tinggi
Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat,skirt yang terlalu panjang atau pendek.
Seluar panjang potongan hipster paling tepat.Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model 'full cut' (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang. Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga x digalakkan.

Bertubuh Gempal
Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan anda lebih langsing. Untuk tampil 'slim n chic', jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan. Baju berleher V boleh membuatkan anda nampak lebih kurus. Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. Untuk pemiliha beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. Kasut platform yang sangat tebal sgt tidak sesuai utk anda. Sebaiknya,pilih kasut bertumit ramping dan selesa.

Bertubuh Besar di bahagian atas
Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Elakkan blaus/kemeja berpotongan 'ruffles' atau 'detail' yang keterlaluan. Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik