CUBA CLICK!!!

Monday, January 24, 2011

photoshoot final year students (PART 2)

aku dah janji kan hari tu dalam n3 yg lepas kalau ada gambar-gambar final year yang aku photoshoot hari tu, aku akan tunjuk...

ada tu adalah tapi tak banyak...photographer tu belom edit semua gambar lagi....

mai layan mata hokeh....


bajet comel habes....wat luv2 pulak....nyampah mak...




ni wondergurlz kampung penduduk zomba (KPZ)..wakakaka


itu jelah yg ade...kalau ade lagi nanti hakak upload yah...cau cin cau....

Saturday, January 22, 2011

PAK NGAH BURGER

salam semua...ade suprise tok aku balik weekend ni...sampai2 je rumah, akak aku kata pergi google "PAK NGAH BURGER" ....femes abah ko...masuk blog orang..

ok fine..aku pon google lar..actually tu nama komersil ayah aku...untuk sapa2 yang tak tau lagi, ayahku berniaga burger di seri serdang..percaya tak kalau aku cakap yg ayah aku sudah jual burger tu sudah lebih 20 tahun...

apa yang aku nak cerita dekat sini sebenarnye bukan sejarah burger or sejarah ayah aku..tapi lebih kepada hasil tulisan blog seorang hamba Allah itu...

"hi dan assalamualaikum kepada semua. hari ini saya ke klinik seri kembangan untuk cek kerana sudah lama batuk-batuk..dan malam tadi terasa panas je badan..takut kena h1n1 ataupun influenza a. syukurlah, sampai saja di klinik dan buat pemeriksaan doktor, saya cuma sakit tekak dan doktor hanya bagi saya ubat sakit tekak tanpa ada apa-apa nasihat daripadanya..doktor itu hanya menasihatkan saya supaya makan ubat.saya pun tidak tahu menahu saya sakit apa..mungkin time tu pesakit terlalu ramai dan doktor kelam kabut..

okay, setelah buat review untuk derris burger, kali ni saya nak buat review untuk jiran abang derris kita iaitu pak ngah burger street.

ini adalah komen daripada N : "saya student UPM dan hari2 makan kat Padang. Lunch kat sana, makan malam pon kat sana. Kadang2 perut meragam nak makan burger. Yeay burger kat Padang memang yang terbaik! Tapi saya selalu makan yang hujung sekali sebalh kiri. Pakcik tua tu yg punya. Besss! Mayonis sampai meleleh2." haa..ni lah dia burger pak cik tu..(ni comment dr previous post beliau)

pak ngah street burger ni pun kalau tak salah saya memang dah lama dah.. saya beli pun sebab derris burger dah tutup dan ini adalah burger yang terakhir yang dimasak oleh pak ngah. saya pula nak order sosej..tapi sosej dah habis..ada roti sosek sahaja..nak order burger pulak, roti abis...jadi apa boleh buat, burger saya sangat special untuk hari ini iaitu burger ayam special cheese dengan roti sosej..hehehe

okay..komen saya untuk burger ini..bagi saya ia biasa sahaja..sayur dia letak terlampau banyak kerana ini habiskan stok sayur untuk hari itu ( kalau diikutkan beliau sendiri yang nyatakan yg die last customer, so sume dah habes...komplen ape lagi..)..memang salah caranya tu pak ngah...jadi saya kenalah buang sikit sayurnya..sos pun sama...terlampau banyak..jadi, rasa daging dan rasa telur tu seakan-akan hilang kerana terlampau banyak sos yang diletakknya..untuk orang yang gemarkan sos dan sayur yang banyak, mungkin akan menyukai burger pak ngah..

komen wife saya pula : " burger ini okay..lagi sedap dari burger di serdang raya kerana dia menyukai sos yang banyak.."gila sos"..hehe..tapi masih lagi tidak dapat menandingi derris burger..tapi walau apa apapun, alhamdulillah kerana kami telah pun kenyang dan habis makan burger itu..terima kasih kepada pak ngah burger kerana tutup lambat. untuk pengetahuan semua, kedua-dua kedai burger ini tutup dalam jam 10.30 malam..derris burger mungkin telah habis awal kerana ramai orang membelinya setelah membaca review dari saya..hehehe..." (pasal burger mat deris tu..hahaha biarlah kami 1 family je yg tau sejarahnye)

ada lagi lah post beliau yg lepas2....korang kalau rajin google lah sendiri k...


ni pula komen aku kepada beliau setelah aku membacanya...ayah aku ade dekat sebelah masa tu...so aku komen pun suam2 kuku jela..kalau ayah aku tak monitor asenye....hurmmm paham2 jelah mulut aku kan...

komen aku: "saya suhaila anak kepada pakngah burger....mungkin saudara dtg pon sudah lewat kan..so byk benda dah habes...so menu anda tu nampak serba tak kena la kan...hehehe...xpew...kami terima komen membina saudara...next time dtg awal ckit ok...rasa..kali ni tegur la pakngah...insyaAllah pakngah akan memberi saudara good impression...thanx for that comment....

p/s: pakngah kata, time tu pekerja yg membungkus burger saudara tu masih baru bekerja dalam seminggu...mungkin die masih belum pandai mengagak sukatan sos dan sayur dlm sebijik burger..."

...........................................................................................................................................

komen cik nima: hehe..ye btol..burger pak ngah memang SODAPPP!!!!!!!! :)



well disebalik penulisan beliau itu sebenarnya ada kebaikannya juga....

1. abah kata :" tak pe...abah boleh improve"
2. appreciate sebab ada orang kenal siapa pak ngah burger
3. last but not least...ABAH AKU FEMES...google je pakngah burger terus tersembol cerita pasal die.... dlm google map pon ade ok location kedai ayah aku..ko ade 3x?????

p/s: kepada hamba Allah tu kalau terbaca post aku ni....aku nak cakap terima kasih atas komen anda itu...mungkin ada kebenaran dalam kata-kata anda itu...itu hak anda sebagai individu untuk meluahkan apa yang anda rasa...tiada siapa yg dapat menghalang...tapi kena juga lah jage pertuturan anda...blog anda tu telah dikomersil dan diiklankan kan..so anyone can read it...mesti akan effect orang lain dlm sedar atau tidak sedar....chill ok....

bagi kawan2 yg tak pernah try lagi burger ayah aku sila lah try and comment k...kalau komen anda tu sadis...maybe name anda juga akan naik di blog aku nih...wakakakaka

Tuesday, January 18, 2011

RINDU DIA

hari ni sudah masuk 2 hari my sayang outstation ke Vietnam...hurmmmm rindunya teramat2..hanya tuhan yg tahu...dari semalam tunggu call masuk, tapi tak call2...line internet dia pun selalu putus2...hurmmm bersabar la wahai hati...aku ingat lagi kata2 dia kepada aku sebelum dia bertolak ke sana....


b buat ni semua untuk our future sayang....kena cari duit tok tutttt...

semoga impian dan harapan beliau tercapai...amin

sayang....jangan putus asa...

Monday, January 17, 2011

photoshoot final year students


nampak3x????????? (gaya tonyoh kat muke sendiri)...


well ni sebenarnya gara-gara tunjuk lagak mafia tak turun amik gambar senior minggu sebelum tarikh tu...

bukan i sengaja ok...datin ella ade jemputan kenduri sepupu di Masjid Wilayah KL..so memang wajib datang la kan....

so, oleh kerana muke datin ella ni belum di snap, maka ajk2 yang menguruskan acara ni sekali lagi la merayu kat datin supaya hadir pada tarikh di atas....

AJK bertugas: datin...tak lengkap buku tahunan kolej kalau tiada gambar datin...hilang seri rasanya...

datin terlampau: baiklah( sambil petik jari jemari halusnya memanggil asst.)...kita batalkan semua meeting hari ni...saya nak pergi photoshoot...

AJK bertugas: terima kasih byk2 datin...kami hargai sgt2...

....................................................................................................................................

CEH..PIIIDAAAAHHHH...BERANGAN GILER KAN KO ELLA...actually aku ni malu giler coz nama dah naik notis dekat toilet suh pergi amk gambar....ulang suara NOTIS DI TANDAS ok!!!!!


haaa nampak tak?? nama aku yang kt no 16 tu...siap kua nombor matrik lagi...malu hakak...kalu korang tak nampak lagi..jap aku zoom....



sekarang dah nampak???? haaa..name cik nima zaza pon ade terselit jugak..memang kami tak leh berpisah...aissshhhhh

untuk aksi and pic yg meletop2 dari datin ella...tunggu siap di edit ok..kalau ade rezeki i upload...

Saturday, January 15, 2011

Cinta Tak Semestinya Memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

perkara yang patut ada sebelum kahwin

Sebelum berkahwin, (untuk perempuan sahaja) kalau b0leh biarlah ada 4 perkara ni.

1. Rumah- Jangan bergantung dengan lelaki. Jangan fikirkan perkara yang manis-manis sahaja. Fikirkan sebaliknya. Andai kata, waktu pertengahan usia perkahwinan. Kita berselisih faham dan akhirnya bercerai. Malangnya, kita tiada rumah dan selama ini menumpang rumah di atas nama suami. Kemana mahu pergi selepas bercerai dan dihalau???

2. Kereta- Kita perlu berdikari dan bantu suami. Jangan selalu sangat mengharapkan suami. Kalau boleh, biar ada 2 kereta di rumah. Memang tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga tapi janganlah hal-hal kecil pun kita nak minta dia tolong kan? berdikari beb! Soalnya, kalau tiada lulusan dan tiada ongkosnya…camna nak beli kereta kan? Unless korang anak orang kaya…


3. Duit simpanan
- my mom selalu pesan. Simpan duit. simpan duit, simpan duit. Sekarang jangan fikir nak pakai. Duit tu simpan dalam 1 akaun yang takkan ada orang tahu pun. Suami pun tak perlu nak kasi tahu (ada lelaki yang mata duitan kan?). Duit ni untuk simpanan masa tua nanti. Kot-kot dapat anak haram jadah kan? Nak dicampaknya kita ke rumah orang tua..time ni, keluarkan duit dan minta belikan kondo sendiri. cool kan? muahahaha

4. Kerja
- aku tak tahu macam mana orang tak berkerja boleh berkahwin. Serious. Mungkin belanja kahwin ibu ayah yang support. Itu biasa. Tapi, macam mana kalau ada anak nanti ek? Dah ada duit simpanan ke kalau nak beranak nanti? nak cari selepas berkahwin? hmm..entahlah. Lain orang, lain caranya. Cuma, kalau boleh aku mahu ada kerja sebelum kahwin :( aku tidak mahu mengharapkan duit suami. Nanti suami ada alasan baik punya masa bergaduh. kikikiki (tapi orang memberi kita menerima kan....tu dia dah wajib bagi nafkah tiap bulan) yeee stuju3!!!!

p/s: so..korang fikir2 kan la dan pilih jalan yang bijak..buat perancangan awal...(nasihat mcm profesor pulak) tapi kalau seru anda tu dah datang awal, perancangan ni jgn anda batalkan pulak...rezeki lepas kahwin tu kan selalu ade...buat ye jgn tak buat... sebab mungkin sebelum kahwin anda fikir ini semua adalah mustahil... please do for ur own sake...tak kira la b4 or after anda berkahwin

Monday, January 10, 2011

uptown reko

aku balik weekend lepas coz hendak menghadiri majlis kawen sepupu..so memang dah jadi kebiasaan la kalau setiap kali balik mesti kepala otak ligat berfikir and kaki ni gatal nak kua berjalan je kan...sekarang ni...asalkan bosan je duduk rumah, uptown la jadi modal aku nak kua cuci2 mata..mana tak nye, sekangkang kera je uptown tu dari umah aku...betol2 dekat la..jalan kaki pon boleh..tapi sempot jugak la kalau saje2 nak jalan kan....

kalau aku nak beli shawl ke pe..uptown tu la yg paling dekat dan cepat...harga not bad la...kena pandai tawar menawar la...tempat tu baru je buka...dalam setahun gitu n tak la besar sgt cam kt damansara tu...



hanger tudung or shawl ni murah sgt..rm10 je..dulu mase mule2 jual hg die rm25-28..nak beli time tu pon berkira2 lagi...tak menyesal aku hold dlu nak beli n g uptown sabtu lepas...time tu last day promotion...



balik2 je hostel terus punggah rak tudung yg sendat mendat tu kuakan shawl...kita kasi susun chantek2 dekat hanger baru k....



taaadaaaa...dah nampak kemas cikit kan...ni pon ade lagi tudung yang tak dapat hang...cz tak sesuai...almaklumlah tudung syria kene pakai hanger biasa....




last but not least....brooch comel ni..sekarang ni tren pakai brooch besar2 cam ni pulak...mule2 tgk cam klaka tapi lama2 trjatuh cinta pulak nak pakai...ari tu cari yg reben pny pattern tak jumpa... tak pe..next week g masjid jamek nak cari jugak sampai jumpa....harga tok brooch ni sangat murah..3 rm5....haaa....

Friday, January 7, 2011

biru turqoise




anda nampak gambar di atas?? sape yg tak nampak kira 3 kali jumaat sahaja lagi aku bagi (ayat seram sejuk)....tatutnyeeee...

well tu sebenarnye note kecil yang aku dapat masa mula2 aku nak daftar masuk sem ari tu...note untuk pelajar final year...actually note tu untuk our grand jamuan la...walaupun ada lebih sebulan lagi nak jamuan tu.. tapi aku dah pening pikir2 baju ape yang sesuai untuk dipakai..dengar cerita akan buat kelainan sikit tahun ni...buat high tea...selalunya kolej akan buat dinner..hurmm best ke?? huhu sama2 kita nantikan...plan asal nak ke TS usha2 baju...

ingat nak pakai dress..wakakaka kalau ade orang tanya camni:

cik bz body: layak ke datin ella yang rendang oiii???
datin terlampau: ( buat2 pandang orang len sambil membuka spek itam gedabaknye)...biarlah...duit aku banyak tak tau nak buat ape...aku beli la baju yg mahal2...nak merase selagi slim...(dlm hati gune ayat power "ADE AKU KESAH")...

tengah dok2 tak tau nak buat ape ni..aku pon rajin la browse baju2 yang cun untuk sedut idea..hurmmmm why always blue haa??? banyak dah baju aku yg color tu...cam awan mendung berarak je bila aku pakai biru kan...hurmmm

jom lah tengok model2 antarabangsa aku yang aku pilih dalam rancangan super sewel model beraksi...huhuhu sume pic2 ni kecuali owner blog ni cube sedaya upaya beraksi seperti orang normal ok...


ni akak si Peah...juara musim pertama



ni adik tyra mybank....sepupu tyra bank..baju macam ni n di atas kalau aku pakai untung..jimat kain...leh jadi dress labuh ke buku lali...wakaka



baju color biru cam ni paling gojes...auuwwww kalau jatuh dr tingkat 1 bangunan still blh selamat..ala2 belon udara gitu...


nak cantik lagi...pakai gaun ni..compon tempat jamuan akan bersih sebelum dan selepas jamuan...aku akan jadi makcik cleaner yg terunggul..tak payah gune penyapu or vacum..semua aku seret....almaklumlah...tempat pon buat di taman kan...

dah puas korang cuci mata??? tengok...sampai boleh proses taik mata dah ko ni mat...aishhhh...meh kita layan jubah pulak...kesedaran datang menjelma ni...(jangan buat aku tesentap ok!!!)


alamak..yang putih tu cun la pulak...tapi....kena amik biru....aisemen..cancel2


baju ni amacam...sopan x?? tapiiiii..................


baik aku pakai baju koleksi sendiri...jimat duit datin...boleh bersedekah lebih...


ahhhh...aku compius..kan aku cakap aku dah compius...lagi banyak pilihan lagi sewel... senang2 sewa baju ni jelah....



tibe2 dengar bunyi kaset rosak men lagu kompang pulak kan..(feberet aku tuh)...aishhhh ni dah lari tema bebenor ni...lupekan datin ella....lupekan.....

Tuesday, January 4, 2011

i love you



pagi yang ceria ni aku nak ajak kawan2 semua ingat balik detik2 pertama kali korang ucapkan I LOVE YOU dekat pasangan korang tak kira lah boyfrenz yg mane 1 kan....maybe bagi sesetengah orang, perkataan 143 tu sangat mudah untuk diucapkan..bak kate orang la...bila sayang..i luv u la...bila tak sayang....i lempang u la..haha kalau semudah itulah bagi korang...tak pelah...masing2 punya cara kan..maybe dgn cara tu korang nak luah perasaan cinta korang tu....

aku ni kira cam perempuan kuno pon kira bolehlah....tapi itu dulu la...dari dulu lagi( since sekolah menengah) or dari sekolah rendah pon bolehlah coz dah start couple dari darjah 5...( cepat matang) hahaha KONON...hakkk tuiiii....aku ni spesis yang susah sangat nak cakap 143 kat bf aku...tak kira la sayang separuh hati ke, sepenuh hati ke, sipi2 ke...pon susah sangat nak cakap ayat tu...bila nak cakap je, macam ade berlian dalam mulut ni...time tu fikir,kang orang nampak berlian dalam mulut ni kang semua nak couple dengan aku...(lagi sekali perasan tahap orang matang)....memang tak kan ucap la ayat tu...kadang2 bile bf2 ( macam ramai je kan...xpe..lg ramai lg meriah)aku ni cakap 143...aku juz jawab me too...(tapi gaya gewdix lar)...sebab tak mau dieorang kecik hati...haha tapi for sure aku rasa dieorang terasa dengan aku..ingat aku tak sayang dieorang...

hurmmmm maybe aku ni sekali lagi dikenali sebagai spesis yang suke tunjukkan cinta n kasih sayang aku melalui kesungguhan dan komitmen yg aku bg rather than kata2....bagi aku ayat tu sangat la SPECIAL and KERAMAT...hanya yang terbaek dan calon suami aku je yang aku akan cakap ayat power tu...tapi sekarang since aku dah jumpa cinta sebenar aku tu..alar...yang tan sri A tu lah...haaaa kan..baru lah aku tau ape tu CINTA SEJATI...serious aku cakap, berbaloi aku tunggu nak cakap 143 tu....


dah masuk usia 21 tahun baru brani nak cakap...lamanya aku pendam...mule2 aku mengaku yg aku tak pernah cakap 143 kat mane2 lelaki, semua macam tak percaya..haha beselah aku kan spesis yang jarang dijumpai...semua kata rugi...penah jugak aku cerita bende tu kat my sayang...tapi cam bese lah...die juz senyum je tunjuk gg die yang lawa tu..aishhh cair ok...mase 1st time aku nak ucap 143 kt tan sri A ni punyalah nebes....siap practise dpn cermin...hahaha cam nak cakap pe jekan...seyes dupdap2 jantung sampai mase aku nk luahkan kata2 tu...aku suruh dia diam je jgn ckp ape2...tapi...lepas je cakap ayat keramat tu..puhhh punyalah lega...n now ari2 takkan miss cakap I LOVE YOU to my sayang cz i know he is the one...nikmat tau kawan2 bile kte hargai sangat2 perkataan tu...yang punya rasa yg sama sahaja yang tahu...




Sunday, January 2, 2011

gewwwrammmm...tak tau nak marah siapa...

salam semua...selamat menyambut tahun baru 2011... baru je 2 hari masuk tahun baru....nasib aku tak berapa nak baek la kiranya....harini aku balik ke asrama dgn semangat yg baru la kan sebab dah final year....excited ni pack barang...

sampai je kt hostel terus terkam bilik pentri sebab nak tgk baju2 n barang2 yg aku tinggalkan dlm tu dah msk sebulan terbiar...ati aku dah mula ase tak sedap n idung ase tak wangi langsung cz taik kucing bersepah depan pentri n plastik yg cover beg aku dah terkoyak2 kena cakar ngn kucing....nak di pendekkan cerita...

bukak2 je beg besaq aku...baju2 aku sume berbau n lembab...lagi menyayat hati bile baju2,cadar, towel n seluar semua dah tumbuh spora@bertaik lalat....beg kena pancut kencing kucing....arrghhh....aku rase nak menjerit je time tu....

cam orang tak keruan aku cari syiling nak basuh kain2 tu dlm mesin....tapi lagi saket ati bile mesin tu sendat ngn kain2 aku cz aku sumbat sume skali dlm tu..last2 kain basuh tak bersih, ade kesan kotor tak hilang, sabun masih melekat kt baju n lagi pedih ati ade kesan karat kat kain2 tu cz kolej baru ade air arini setelah berapa ari takde air aku pon tak tau...so air paip tu masih berkarat....dah jadi cam tu takkan aku nak perap baju tu lama2 kan....terus aku amik basuh....gigih ok...tak pernah aku segigih ini menyental baju....pinggang aku ase nak patah...berbunyi2 tulang aku dah ni...nak menanges pon ade gak....

oleh kerana hati aku lara arini..aku basuh baju pon pakai celop2 jek...cam mini cokelat celup...celop2x...hahaha pastu sidai pon cam main2 jek cz dah malas sgt...

3 penyidai kain aku pakai nak sidai kain2 tu..hambek ko...sidai pon lintang pukang...lantak la...janji ko kering....aishhh dah la ramai para ibu yg masuk blok arini anta anak dorang....kalau dorang tau sape yg sidai kain gaya lintang pukang tu....mesti cancel nak amik aku jadi menantu..hahaha rosak reputasi aku....haha tak pela makcik...muke saye pon dah toye ni kepenatan...cancel pon cancel la...hahaha tangan saya pon dah kasar n kecut2 makcik..... ade gak baju yg aku sedekah ke tong sampah cz dah rosak habes....sedihhh...uwaaaaa....nak baju baru100x..malas pikir n amk kesah dah....

1 je la yg aku kesahkan sekarang ni...jgn la hujan.....tadi petang mendung jek...bangi pon ujan je sepanjang jln otw ke upm....malam ni kena jadi mak guard la aku menjaga kain.....arrrggghhhhh...masalah baru tu nak pikir kalau kain2 tu kena humban dalam bilik....mane nak letak kain2 basah tu???? aiisshhhhh masalah dunia betol...dah lah...tangan aku pon dah lenguh2 ni nak menaip....dah kurus tangan aku basuh kain arini...hahaha jadi akak kuat arini....k lah.....sok pulak story....nak sambung mengurut tangan...salam