hai semua...nak mintak ampun banyak2 terlebih dahulu kerana membiarkan blog ni terlalu lama sampai bersawang-sawang...tapi aku happy sebab maknanya aku sebuk la sepanjang raya ni..huhu tahun ni merupakan raya yang paling gemilang bagi aku..1st sebab dapat jumpa kawan-kawan sekolah rendah yang dah terpisah 10 tahun..lamanya...kalau ada anak pon sudah darjah 3 kan.. kami start beraya sakan pada hari khamis lepas. sempena cuti hari malaysia hari tu so ramai la yang free, almaklumlah ramai member aku yang sudah kerja. nak dipendekkan cerita rumah aku menjadi destinasi pertama gathering kiteorang ni.punyalah sesak. rumah aku kan kecik jek so memang la dorang tu macam tin sardin..kalau dikira-kira bilangan kami semua ada 24 org..hahaha hampir bilangan 1 class tu. family aku hidang mee sup and soto jek..simple kan..janji mereka kenyang..lepas dah belasah makan umah aku, bermulalah pengembaraan upin dan ipin kami...hahaha beraya dalam 9 buah rumah...malam baru balik..walaupun penat tapi berbaloi2...semua rumah kami snap pic..hehe
No comments:
Post a Comment