Sunday, February 20, 2011
sekitar MAKP ke 19
Saturday, February 19, 2011
ada bakat ke????
(percubaan pertama datin menulis skrip sendiri)
Wednesday, February 16, 2011
disebalik nama S.U.H.A.I.L.A

so apa yang berlaku during that time... kira history ke pe benda lah...hurmmm... puas datin google tapi tak jumpa2 pon...*sigh... tak glamor ke??? ekkkk??? akhirnya terlintas lah dalam kepala lutut datin ni...ehhh kelapa otak...ehhh kelapa dara...ehhh *mai penampaq sekali...hahaha ok!!!! KEPALA OTAK datin ni idea ini:
datin: akak ku cayang...abah ada?
akak cayang: nak apa??
(gaya poyo dia lah)
datin: nak tanya abah,
betol ke nama aku ni diambil sempena nama Datin Suhaila??
(time jd isteri PM dlu..sekarang Toh Puan Suhaila)
(bukak mata hampa besaq2 k masa bace)
lepas beberapa saat....
akak cayang: ya lah...dah tau nak tanya lagi...saje je
datin: ehhh nak tanya lagi...
betol ke dia tu mak Tan Sri Hishamuddin??
isteri Tun Hussein Onn tu?
(bukak mata hampa besaq2 lagi naa)
akak cayang3x.....tut tut tut....
ceh..die letak dah.....
ok...back to my story....sebenarnya lepas 2 hari aku lihat dunia ni, nama aku still 'unknown' or 'anonymous'...oleh sebab nama2 tu terlalu mat shaleh sgt, so ayah aku pon pilih lah nama melayu cikit...cian nenek ngan atok aku nak sebut kan...kang dia orang panggil aku hoi hoi je kan...no no no...(mase umo 2 hari dah pandai geleng pale)...
so..masuk hari ketiga masa abah aku nak bagi nama aku dlm borang surat beranak, time tu die tgh dok telentang depan tv tgk brita tv3...dia pon dengar la berita kat tv tu:
FYI...atok aku sampai la ni keep calling me datin ok...dia kata dia suka panggil aku datin cz aku suke benda yang bling2....bling2 ngan aku memang xleh pisah...macam datin la sgt kan.... aku pon... stiap kali kalu dia panggil aku datin aku dok aminkan saja..mane la tau kan...malaikat tengah dok lalu...termakbul doa aku....
Tuesday, February 15, 2011
SALAM MAULIDUR RASUL


p/s: kalau masa sekolah dulu, mesti datin dah berarak ni pagi2 pegang sepanduk sambil melaungkan selawat nabi....miss that moment
Monday, February 14, 2011
ICE SKATING+AYAM PENYET

pic ni pinjam hencik google jek cz xsempat amik pic food ni cz dah lapar tahap gaban...ni restoran ayam penyet dekat sunway...aras LG2...sedap sgt...rugi kalau tak cubaThursday, February 10, 2011
selamat ulang tahun
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.
NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.
YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.
YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.
YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.
YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.
YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
Wednesday, February 9, 2011
siapa Aqil Haziq??? part II
Monday, February 7, 2011
Ayun Ayunar my Style Contest

then aku pon hantar la pic comot ni ke Ayun Ayunar yg cantik jelita tu..seyes..peserta2 len sume cun2 belaka...aishhhh
slogan aku punyalah ayu gila dan jujur gila kan...
Ayun Ayunar My Style Contest....
style biasa saja coz selesa untuk ke kelas dgn menaiki bus...really need and hope get any opportunity utk di make over...tunjuk ajar ku sifu AYUN AYUNAR!!!!
p/s: for me..being simple is the cutest way to show ur inner side...thanx...
p/s: kalau akak and adik aku bace mesti muntah hijau dieorang...huhu aku bg pon link via fb je coz malu nak bagi si gojes Ayun Ayunar tu baca blog aku yang cam batang buruk ni kan...
dekat bawah ni ada additional pictures...aceceh..dah macam bg prtfolio model pulak kan...


kita tunggu dan lihat la yek...sapa2 yang berminat jugak bleh la join skali...terus ke link ini ok... tarikh tutup adalah pada 28feb ni...selamat maju jaya!!!!
AYUN AYUNAR
reunion SKS Batch '00 (new series)

Location: Paya Indah Wetland, Dengkil
Date: 15 Feb 2011 (cuti umum Maulidul Rasul)
Taman rekreasi paya indah wetlands, dengkil selangor tgh wat promotion selama sebulan....sumernyer FREE.....Sementara stok masih ada...he3
i - cruise bot - ronda2 sekitar paya indah wetlands
ii- paddle boat - sesuai utk couple2 or xkisah la saper2....
iii- menara tinjau - dapt tgk area piw, putrajaya, klia
Aktiviti lain...
1. BAdak Air (BLUEHyppO) - feeding food
2. Buaya Tembaga - feeding food
3. Jogging
4. Bird wATCHINg
5. berbasikal
6. MANCING!!!!!!
7. DLL
jom beramai2 memeriahkan kawasan rekreasi ni....
p/s: this is our new becoming event...hope dpt sambutan...
Sunday, February 6, 2011
lelaki gila seks II
i- dia hilang tanpa dikesan dgn sekelip mata shaja w/pon lebih 10 org bdk laki kolej and a few taiko and pegawai keselamatan giat mencari...siap naik moto round sampai ke highway mardi and jln bukit exspo yg near by KPZ but still tak jumpa.
ii. masa kawan aku menjerit dekat orang gila tu, dia tak gelabah langsung...releks je dia keluar...tak nampak macam orang gila..
iii. umur dia muda lagi...menurut saksi, around 28-29 years old.
iv. ada ke orang gila yang terlalu bijak????? berjaya bolos dgn cepat....
v. masuk ke blok aku pada waktu yg sma dgn waktu semalam..aroud 12-1pm...
vi. orang minyak kah dia tu??? tp menurut kwn aku..mamat tu chinese look...maybe dia tu cina...
APA-APA pun..kami perlu banyak2 berdoa dan memohon perlindungan daripada Allah s.w.t semoga orang gila seks itu cepat di tangkap..
lelaki gila seks
*p/s: 1 fakta pasal orang gila seks ni yang aku tau ialah dia suka dengar suara pempuan menjerit...lagi dia ghairah..so kawan2, bila nampak je orang gila seks ni jangan jerit, baling je batu or tibai je dia dengan apa2 senjata....kalau dia dah dekat sangat dgn kita baru lah kita jerit kuat2 and lari laju2...kalau ade keberanian cikit...huh sepak je egg die tu.....bia senak seminggu
Monday, January 24, 2011
photoshoot final year students (PART 2)
ada tu adalah tapi tak banyak...photographer tu belom edit semua gambar lagi....
mai layan mata hokeh....
Saturday, January 22, 2011
PAK NGAH BURGER
ok fine..aku pon google lar..actually tu nama komersil ayah aku...untuk sapa2 yang tak tau lagi, ayahku berniaga burger di seri serdang..percaya tak kalau aku cakap yg ayah aku sudah jual burger tu sudah lebih 20 tahun...
apa yang aku nak cerita dekat sini sebenarnye bukan sejarah burger or sejarah ayah aku..tapi lebih kepada hasil tulisan blog seorang hamba Allah itu...
"hi dan assalamualaikum kepada semua. hari ini saya ke klinik seri kembangan untuk cek kerana sudah lama batuk-batuk..dan malam tadi terasa panas je badan..takut kena h1n1 ataupun influenza a. syukurlah, sampai saja di klinik dan buat pemeriksaan doktor, saya cuma sakit tekak dan doktor hanya bagi saya ubat sakit tekak tanpa ada apa-apa nasihat daripadanya..doktor itu hanya menasihatkan saya supaya makan ubat.saya pun tidak tahu menahu saya sakit apa..mungkin time tu pesakit terlalu ramai dan doktor kelam kabut..
okay, setelah buat review untuk derris burger, kali ni saya nak buat review untuk jiran abang derris kita iaitu pak ngah burger street.
ini adalah komen daripada N : "saya student UPM dan hari2 makan kat Padang. Lunch kat sana, makan malam pon kat sana. Kadang2 perut meragam nak makan burger. Yeay burger kat Padang memang yang terbaik! Tapi saya selalu makan yang hujung sekali sebalh kiri. Pakcik tua tu yg punya. Besss! Mayonis sampai meleleh2." haa..ni lah dia burger pak cik tu..(ni comment dr previous post beliau)
ada lagi lah post beliau yg lepas2....korang kalau rajin google lah sendiri k...
- untuk detail:click di sini
-
komen aku: "saya suhaila anak kepada pakngah burger....mungkin saudara dtg pon sudah lewat kan..so byk benda dah habes...so menu anda tu nampak serba tak kena la kan...hehehe...xpew...kami terima komen membina saudara...next time dtg awal ckit ok...rasa..kali ni tegur la pakngah...insyaAllah pakngah akan memberi saudara good impression...thanx for that comment....
p/s: pakngah kata, time tu pekerja yg membungkus burger saudara tu masih baru bekerja dalam seminggu...mungkin die masih belum pandai mengagak sukatan sos dan sayur dlm sebijik burger..." - ...........................................................................................................................................
-
komen cik nima: hehe..ye btol..burger pak ngah memang SODAPPP!!!!!!!! :)
well disebalik penulisan beliau itu sebenarnya ada kebaikannya juga....
1. abah kata :" tak pe...abah boleh improve"
2. appreciate sebab ada orang kenal siapa pak ngah burger
3. last but not least...ABAH AKU FEMES...google je pakngah burger terus tersembol cerita pasal die.... dlm google map pon ade ok location kedai ayah aku..ko ade 3x?????
p/s: kepada hamba Allah tu kalau terbaca post aku ni....aku nak cakap terima kasih atas komen anda itu...mungkin ada kebenaran dalam kata-kata anda itu...itu hak anda sebagai individu untuk meluahkan apa yang anda rasa...tiada siapa yg dapat menghalang...tapi kena juga lah jage pertuturan anda...blog anda tu telah dikomersil dan diiklankan kan..so anyone can read it...mesti akan effect orang lain dlm sedar atau tidak sedar....chill ok....
bagi kawan2 yg tak pernah try lagi burger ayah aku sila lah try and comment k...kalau komen anda tu sadis...maybe name anda juga akan naik di blog aku nih...wakakakaka
Tuesday, January 18, 2011
RINDU DIA
semoga impian dan harapan beliau tercapai...amin
sayang....jangan putus asa...
Monday, January 17, 2011
photoshoot final year students
nampak3x????????? (gaya tonyoh kat muke sendiri)...
well ni sebenarnya gara-gara tunjuk lagak mafia tak turun amik gambar senior minggu sebelum tarikh tu...
bukan i sengaja ok...datin ella ade jemputan kenduri sepupu di Masjid Wilayah KL..so memang wajib datang la kan....
so, oleh kerana muke datin ella ni belum di snap, maka ajk2 yang menguruskan acara ni sekali lagi la merayu kat datin supaya hadir pada tarikh di atas....
datin terlampau: baiklah( sambil petik jari jemari halusnya memanggil asst.)...kita batalkan semua meeting hari ni...saya nak pergi photoshoot...
AJK bertugas: terima kasih byk2 datin...kami hargai sgt2...
CEH..PIIIDAAAAHHHH...BERANGAN GILER KAN KO ELLA...actually aku ni malu giler coz nama dah naik notis dekat toilet suh pergi amk gambar....ulang suara NOTIS DI TANDAS ok!!!!!
Saturday, January 15, 2011
Cinta Tak Semestinya Memiliki
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..
perkara yang patut ada sebelum kahwin
1. Rumah- Jangan bergantung dengan lelaki. Jangan fikirkan perkara yang manis-manis sahaja. Fikirkan sebaliknya. Andai kata, waktu pertengahan usia perkahwinan. Kita berselisih faham dan akhirnya bercerai. Malangnya, kita tiada rumah dan selama ini menumpang rumah di atas nama suami. Kemana mahu pergi selepas bercerai dan dihalau???
3. Duit simpanan- my mom selalu pesan. Simpan duit. simpan duit, simpan duit. Sekarang jangan fikir nak pakai. Duit tu simpan dalam 1 akaun yang takkan ada orang tahu pun. Suami pun tak perlu nak kasi tahu (ada lelaki yang mata duitan kan?). Duit ni untuk simpanan masa tua nanti. Kot-kot dapat anak haram jadah kan? Nak dicampaknya kita ke rumah orang tua..time ni, keluarkan duit dan minta belikan kondo sendiri. cool kan? muahahaha
4. Kerja- aku tak tahu macam mana orang tak berkerja boleh berkahwin. Serious. Mungkin belanja kahwin ibu ayah yang support. Itu biasa. Tapi, macam mana kalau ada anak nanti ek? Dah ada duit simpanan ke kalau nak beranak nanti? nak cari selepas berkahwin? hmm..entahlah. Lain orang, lain caranya. Cuma, kalau boleh aku mahu ada kerja sebelum kahwin
p/s: so..korang fikir2 kan la dan pilih jalan yang bijak..buat perancangan awal...(nasihat mcm profesor pulak) tapi kalau seru anda tu dah datang awal, perancangan ni jgn anda batalkan pulak...rezeki lepas kahwin tu kan selalu ade...buat ye jgn tak buat... sebab mungkin sebelum kahwin anda fikir ini semua adalah mustahil... please do for ur own sake...tak kira la b4 or after anda berkahwin
Monday, January 10, 2011
uptown reko
kalau aku nak beli shawl ke pe..uptown tu la yg paling dekat dan cepat...harga not bad la...kena pandai tawar menawar la...tempat tu baru je buka...dalam setahun gitu n tak la besar sgt cam kt damansara tu...
taaadaaaa...dah nampak kemas cikit kan...ni pon ade lagi tudung yang tak dapat hang...cz tak sesuai...almaklumlah tudung syria kene pakai hanger biasa....
last but not least....brooch comel ni..sekarang ni tren pakai brooch besar2 cam ni pulak...mule2 tgk cam klaka tapi lama2 trjatuh cinta pulak nak pakai...ari tu cari yg reben pny pattern tak jumpa... tak pe..next week g masjid jamek nak cari jugak sampai jumpa....harga tok brooch ni sangat murah..3 rm5....haaa....
Friday, January 7, 2011
biru turqoise
well tu sebenarnye note kecil yang aku dapat masa mula2 aku nak daftar masuk sem ari tu...note untuk pelajar final year...actually note tu untuk our grand jamuan la...walaupun ada lebih sebulan lagi nak jamuan tu.. tapi aku dah pening pikir2 baju ape yang sesuai untuk dipakai..dengar cerita akan buat kelainan sikit tahun ni...buat high tea...selalunya kolej akan buat dinner..hurmm best ke?? huhu sama2 kita nantikan...plan asal nak ke TS usha2 baju...
ingat nak pakai dress..wakakaka kalau ade orang tanya camni:
datin terlampau: ( buat2 pandang orang len sambil membuka spek itam gedabaknye)...biarlah...duit aku banyak tak tau nak buat ape...aku beli la baju yg mahal2...nak merase selagi slim...(dlm hati gune ayat power "ADE AKU KESAH")...
tengah dok2 tak tau nak buat ape ni..aku pon rajin la browse baju2 yang cun untuk sedut idea..hurmmmm why always blue haa??? banyak dah baju aku yg color tu...cam awan mendung berarak je bila aku pakai biru kan...hurmmm
jom lah tengok model2 antarabangsa aku yang aku pilih dalam rancangan super sewel model beraksi...huhuhu sume pic2 ni kecuali owner blog ni cube sedaya upaya beraksi seperti orang normal ok...
ni akak si Peah...juara musim pertama
baju color biru cam ni paling gojes...auuwwww kalau jatuh dr tingkat 1 bangunan still blh selamat..ala2 belon udara gitu...
dah puas korang cuci mata??? tengok...sampai boleh proses taik mata dah ko ni mat...aishhhh...meh kita layan jubah pulak...kesedaran datang menjelma ni...(jangan buat aku tesentap ok!!!)

baju ni amacam...sopan x?? tapiiiii..................ahhhh...aku compius..kan aku cakap aku dah compius...lagi banyak pilihan lagi sewel... senang2 sewa baju ni jelah....

tibe2 dengar bunyi kaset rosak men lagu kompang pulak kan..(feberet aku tuh)...aishhhh ni dah lari tema bebenor ni...lupekan datin ella....lupekan.....
Tuesday, January 4, 2011
i love you
aku ni kira cam perempuan kuno pon kira bolehlah....tapi itu dulu la...dari dulu lagi( since sekolah menengah) or dari sekolah rendah pon bolehlah coz dah start couple dari darjah 5...( cepat matang) hahaha KONON...hakkk tuiiii....aku ni spesis yang susah sangat nak cakap 143 kat bf aku...tak kira la sayang separuh hati ke, sepenuh hati ke, sipi2 ke...pon susah sangat nak cakap ayat tu...bila nak cakap je, macam ade berlian dalam mulut ni...time tu fikir,kang orang nampak berlian dalam mulut ni kang semua nak couple dengan aku...(lagi sekali perasan tahap orang matang)....memang tak kan ucap la ayat tu...kadang2 bile bf2 ( macam ramai je kan...xpe..lg ramai lg meriah)aku ni cakap 143...aku juz jawab me too...(tapi gaya gewdix lar)...sebab tak mau dieorang kecik hati...haha tapi for sure aku rasa dieorang terasa dengan aku..ingat aku tak sayang dieorang...
hurmmmm maybe aku ni sekali lagi dikenali sebagai spesis yang suke tunjukkan cinta n kasih sayang aku melalui kesungguhan dan komitmen yg aku bg rather than kata2....bagi aku ayat tu sangat la SPECIAL and KERAMAT...hanya yang terbaek dan calon suami aku je yang aku akan cakap ayat power tu...tapi sekarang since aku dah jumpa cinta sebenar aku tu..alar...yang tan sri A tu lah...haaaa kan..baru lah aku tau ape tu CINTA SEJATI...serious aku cakap, berbaloi aku tunggu nak cakap 143 tu....
Sunday, January 2, 2011
gewwwrammmm...tak tau nak marah siapa...
sampai je kt hostel terus terkam bilik pentri sebab nak tgk baju2 n barang2 yg aku tinggalkan dlm tu dah msk sebulan terbiar...ati aku dah mula ase tak sedap n idung ase tak wangi langsung cz taik kucing bersepah depan pentri n plastik yg cover beg aku dah terkoyak2 kena cakar ngn kucing....nak di pendekkan cerita...
bukak2 je beg besaq aku...baju2 aku sume berbau n lembab...lagi menyayat hati bile baju2,cadar, towel n seluar semua dah tumbuh spora@bertaik lalat....beg kena pancut kencing kucing....arrghhh....aku rase nak menjerit je time tu....
cam orang tak keruan aku cari syiling nak basuh kain2 tu dlm mesin....tapi lagi saket ati bile mesin tu sendat ngn kain2 aku cz aku sumbat sume skali dlm tu..last2 kain basuh tak bersih, ade kesan kotor tak hilang, sabun masih melekat kt baju n lagi pedih ati ade kesan karat kat kain2 tu cz kolej baru ade air arini setelah berapa ari takde air aku pon tak tau...so air paip tu masih berkarat....dah jadi cam tu takkan aku nak perap baju tu lama2 kan....terus aku amik basuh....gigih ok...tak pernah aku segigih ini menyental baju....pinggang aku ase nak patah...berbunyi2 tulang aku dah ni...nak menanges pon ade gak....
oleh kerana hati aku lara arini..aku basuh baju pon pakai celop2 jek...cam mini cokelat celup...celop2x...hahaha pastu sidai pon cam main2 jek cz dah malas sgt...
3 penyidai kain aku pakai nak sidai kain2 tu..hambek ko...sidai pon lintang pukang...lantak la...janji ko kering....aishhh dah la ramai para ibu yg masuk blok arini anta anak dorang....kalau dorang tau sape yg sidai kain gaya lintang pukang tu....mesti cancel nak amik aku jadi menantu..hahaha rosak reputasi aku....haha tak pela makcik...muke saye pon dah toye ni kepenatan...cancel pon cancel la...hahaha tangan saya pon dah kasar n kecut2 makcik..... ade gak baju yg aku sedekah ke tong sampah cz dah rosak habes....sedihhh...uwaaaaa....nak baju baru100x..malas pikir n amk kesah dah....
1 je la yg aku kesahkan sekarang ni...jgn la hujan.....tadi petang mendung jek...bangi pon ujan je sepanjang jln otw ke upm....malam ni kena jadi mak guard la aku menjaga kain.....arrrggghhhhh...masalah baru tu nak pikir kalau kain2 tu kena humban dalam bilik....mane nak letak kain2 basah tu???? aiisshhhhh masalah dunia betol...dah lah...tangan aku pon dah lenguh2 ni nak menaip....dah kurus tangan aku basuh kain arini...hahaha jadi akak kuat arini....k lah.....sok pulak story....nak sambung mengurut tangan...salam



