CUBA CLICK!!!

Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

cara memilih calon suami

Ini request dr Suraya...

n3 ni diambil dari blog KUBAYOKA

saje nak share dengan semua coz pecah perot baca n3 die...syabas!!!




Susah nak ulas bab ni, kena minum susu banyak-banyak agar otak segar dan subjek jelas. Ini bukan kerja main-main lalu kita boleh buat sambil melepaskan batuk di escalator, atau tulis sekadar nak buat lawak.

Ini cerita serius.

Suami itu penting. Selain untuk menentukan generasi masa depan rumah awak, suami juga tempat untuk awak bergantung, bercerita, bertangis, bertawa, berpelukan dan suamilah juga orang yang akan awak pimpin untuk ke depan berjumpa Allah kelak.

Oleh itu proses memilih suami cukup kritikal dan serius. Bahkan, selagi proses itu tak menunjukkan hasil, tak kahwin pun tak kahwinlah. Lebih baik daripada dapat suami yang buat kita sengsara dan menyesal hingga ke akhir hayat.

Memandangkan zaman ini zaman yang menyajikan dugaan yang cukup sukar, besar, durjana dan jahannam; sedikit sebanyak proses memilih suami itu turut tergugat. Apatah lagi dengan nisbah perempuan kepada lelaki yang semakin membimbangkan, itu belum tolak kaki dadah, lemah tenaga batin, peragut, suami orang (ehem), gay, dan juga lelaki yang tak berapa kelihatan seperti lelaki. Sedangkan rata-rata gadis sekarang cantik, lawa, berbudi bahasa, sopan santun, patuh dan cerdik. Nampak sangat tak seimbang di situ.

Maka, adik-adik, dengar nasihat abang ni. Pilih lelaki yang:
  1. Tak hensem dan tak juga barai sangat. Kalau hensem macam Robert Pattinson kita kasi markah 85%, dan NurShahrul Idlan Talaha kita kasi 50%, korang cari sekitar 40% ke 60% tu kita dah cukup semangat. Orang kata sedang-sedang sedap mata memandang bahkan yang sedap itu bukan sekadar di mata tetapi.... Tetapi di hati...
  2. Lelaki tak berapa hensem dia appreciate kecantikan gadis dan pada masa sama punyai elemen 'romantis' yang kuat. He may be a little bit protective, mengongkong, itu cuma reaksi atau ekspresi 'jantan' jaga hak, sempadan atau kepunyaan seperti kucing jantan pancut kencing di tayar kereta. Girls, you can manage this, you can take an easy care of a man of this kind. Most handsome man (score 80 ke atas) are self-centered, appreciate only what pleases him.
  3. Lelaki yang bersih dan kemas, dan tidak terlalu serabai, tidak terlalu kemas. Dia cekap sesuaikan pakaian ikut peristiwa dan kejadian (occasion)
  4. Lelaki yang tak hisap rokok. Kalau dia penuhi kriteria lain, tetapi dia merokok, cuba panjangkan isu rokok merokok ini sepanjang perkenalan even selepas kahwin sampai dia fed up dan berhenti. To be both a 'passive smoker' and a wife is not a good combination, moreover to nurture your kids right from your womb.
  5. The way he talk, shows his character. Kalau dia suka cakap fasal diri sendiri, he's not independent and egoistic. Cari lelaki yang suka bercakap/bercerita/menceritakan subjek yang selain dari dirinya. Suka cerita fasal cuaca, filem, binatang, travel dan sebagainya. Dia juga tak bercakap tentang orang lain. Content perbualan dia menunjukkan frame of interest dia di mana dan bagaimana. Hayati juga bagaimana dia express comment dia terhadap some issues.
  6. Memahami dan bertolak ansur, justeru kelihatan sangat romantik.
  7. Pilih kawan-kawan dia. Kalau kita mengenali seorang lelaki yang menawan, hensem, baik dan kita jatuh cinta tanpa ragu-ragu, tiba-tiba dia sebenarnya tak available senang cerita tunang orang. Maka sila target kawan-kawan dia. From the beginning pun bila kita berkawan dengan orang yang menawan, sila berkawan juga dengan kawan-kawan dia. Tak hensem sikit pun, cuba bagi kawan dia tu peluang mungkin he got potential to be better guy, it is just about time.
  8. Hindari lelaki yang mencarut bila terkejut atau terperanjat. What you do or think in repetition over time will become habit. If he said, mana I sengaja, tak sengaja tiba-tiba terkeluar perkataan tu, nak buat macam mana I terkejut b. That's bullshit. Itu satu statement tak boleh pakai dan merepek.
  9. Cari lelaki di tempat-tempat ilmu, seperti masjid, gotong royong hapuskan aedes, bersihkan kubur, derma darah dan sebagainya.
  10. Kenali mak ayah dia, do some study dan research tentang dia dan keluarga dia.
  11. Solat hajat, minta petunjuk selalu.

Nak mengorat lelaki kena sabar dan kering. Usah terlalu cemburu, gelenya dan gedik. Lelaki akan tahu kalau seorang perempuan ada hati kat dia. So, awak tak payah nak cakap terus terang, just bagi hint-hint istimewa seperti hadiah harijadi, poskad, (poskad?) err, atau anything yang kita buat dia rasa special.

He will go to any length to say the three words first. The effort driven by love, definitely.

Do not put most of your energy and time in one bucket, explore other possibilities that will always increase the potential and efficiency. Jangan layan stim dan hormon hingga kita terlalu fokus/tertumpu pada seorang jejaka, izinkan diri untuk berkawan dengan semua. Dari situ kita sebenarnya berlatih menjadi seorang gadis yang disenangi semua.

Cinta akan tumbuh seperti pokok dan menghijau dan membesar. Be patient and take a good time for it. Jangan terburu-buru bahkan fikir panjang-panjang.

Kalau ada lelaki terburu-buru ucap kata cinta. That's either fake or baseless. I can say that it is normal for a girl to say 'I love U' after one second she knows a man. Woman feels, man thinks. A good man may take forever to utter the three words. But remember, a good girl can know. Be a good girl, you will know who's the best for you.




cara memilih isteri



Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:


Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.


Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.

Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.

Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.

Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.


Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.

Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.

Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.


Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.

Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.

Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.


Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.

Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.

Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.

lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.


Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.

Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.

Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.

Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.

Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.

Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.

Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.

Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!



Monday, August 15, 2011

kenapa kita harus mandi setiap hari?









Seperti yang kita semua maklum, bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam. Kalau kita belajar kitab fekah, bab mula – mula sekali diajar adalah Taharah iaitu bersuci, menunjukkan betapa pentingnya ia dalam kehidupan kita.

Sabda Nabi S.W.T : “Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar )

Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat. Sekelian ulamak telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat. Tidak sah solat tanpa bersuci.

Ok, itu dari sudut agama. kali ini saya nak bawa anda dari sudut saintifik pula, iaitu mandi.

Mandi tidak hanya membuatkan badan segar, tetapi ada manfaat lain disebalik itu. Sebenarnya, mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius.

Beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antaranya adalah:

1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam berendam didalam air yang hangat dapat menurunkan aras gula dalam darah sekitar 13%.

2. Kesihatan Jantung
Dengan berendam selama 10 minit dalam air yang hangat dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita.

3. Eksema
Eksema adalah penyakit radang kulit yang kronik, dengan rasa kering dan gatal. Untuk penderita penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat dirawat dengan menambahkan baking soda ke dalam tab mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.

Caranya, pertama sekali isi dengan air suam, tambahkan kira-kira satu senduk baking soda dan kacau sehingga larut. Digalakkan berendam selama 10-20 minit.

4. Infeksi
Untuk infeksi, tambahkan pada air panas suam tiga atau empat sudu cuka buah epal (apple cedar) dan berendamlah selama 15-20 minit. Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asid.

5. Selsema dan Sakit Kepala
Untuk menyembuhkan selsema dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air suam. Masukan air suam secukupnya dalam tab mandi sehingga menutupi kaki dan pergelangan kaki, tambahkan beberapa titisan minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah selesai bilas dengan air biasa. Lakukan selama 10-20 minit.

6. Insomnia
Untuk penderita insomnia atau yang menderita masalah tidur, mereka boleh merendam kaki dalam air sejuk. Masukan kaki sehingga kaki merasa sejuk. Cara ini juga berguna bagi kaki kejang, pendarahan hidung, dan sembelit.

7. Sirkulasi
Jika anda mengalami masalah sirkulasi maka cubalah dengan merendam kaki selama satu atau dua minit didalam air suam, kemudian 30 minit dalam air sejuk.


Manfaat mandi yang sihat
Mandi air panas sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka liang – liang yang dapat membantu mengeluarkan racun. Dimana ia berfungi membantu menurunkan aras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik. Waktu yang disyorkan adalah selama 10-20 minit.

Mandi dengan air yang sejuk pula dapat menghilangkan stress kerana meredakan ketegangan, dan disyorkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius. Ini terbalik dengan mandi air panas kerana ia akan menyempit kan darah dan meningkatkan aras gula darah. Oleh sebab itu, pengidap diabetes tidak digalakkan untuk mandi air sejuk.



Wednesday, April 20, 2011

perihal wanita



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL



hari ini tanggal 15 feb 2011/12 rabiul awal 1432H...selamat menyambut maulud nabi semua...semoga rasa cinta dan kasih kita kepada nabi akan semakin bercambah hari demi hari...Amin....




p/s: kalau masa sekolah dulu, mesti datin dah berarak ni pagi2 pegang sepanduk sambil melaungkan selawat nabi....miss that moment

Sunday, November 21, 2010

Mimpi menurut Islam

Penafsiran Mimpi Menurut Syarak


Alhamdulillah segala puji selayaknya hanya untuk Allah yang telah menjadikan malam dengan dua kesitimewaan, iaitu tidur dan mimpi.Selawat serta salam mudah-mudahan tetap kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya menafsirkan mimpi adalah perkara yang membolehkan dan menjadikan hati tenang khususnya setelah bermimpi, samaada mimpi baik atau mimpi buruk.Yang di maksudkan memberi ketenangan adalah apabila bermimpi tentang kebaikan, ia bermakna khabar gembira tetapi jika ia bermimpi tidak baik ia berfungsi sebagai peringatan agar berhati-hati.Sebagai contoh mimpi tenggelam di dalam laut dan tidak dapat menyelamatkan diri, ia bermakna akan terjadi perkara yang buruk.

Tindakan Setelah Mimpi


Berbagai cara dan sikap manusia dalam menghadapi mimpi, setelah mereka bermimpi.Oleh itu Islam telah memberi kita tunjuk ajar dan panduan tentang sikap yang perlu kita lakukan setelah kita bermimpi.
Di dalam sebuah hadith yang bermaksud :

" Tidak tetap kegembiraan kecuali mimpi tentang perkara yang baik di mana yang bermimpi adalah seorang lelaki yang baik.Kerana mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah untuk hambaNya yang baik, sedangkan mimpi buruk daripada syaitan, maka tidak akan membahayakan.Oleh itu jika mimpi buruk janganlah diceritakan kepada orang lain sedangkan mimpi yang baik ( dari Allah ) adalah tidak mengapa dicerita kepada orang lain."

Diriwayatkan Abu Said Khudri r.a.Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

" Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan ( memberi khabar gembira ), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan ( mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan.Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan ( mimpi dari syaitan ), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat."
( Hadis Riwayat Bukhari )
Dari penjelasan kedua-dua hadis tersebut di atas nampak jelas sekali bahawa sikap kita dalam menghadapi mimpi ada dua :

1. Sekiranya anda mimpi sesuatu yang memberitakan tentang kebaikan seperti makan, solat dan lain-lain, maka anda segera bersyukur, kerana anda telah mendapat nikmat dan anugerah dari Allah.

2. Sekiranya anda mimpi yang menakutkan atau membimbangkan, maka sikap yang perlu diambil ialah tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, sebab jika anda mimpi yang buruk kemudian diceritakan kepada orang lain maka akan dikhuatirkan ia akan menjadi kenyataan.Seterusnya anda mesti secepatnya bertaubat dan memohon kepada Allah agar mimpi yang menyedihkan dan membimbangkan tersebut tidak menjadi kenyataan.

KAEDAH MENGATASI GANGGUAN MIMPI MENURUT ISLAM

Tidur ialah cara merehatkan badan dan mencari ketenangan fikiran. Sebahagian kita hanya tidur dan rehat secara fizikal tetapi hakikatnya mindanya tidak rehat walaupun ketika dia tidur.

Rasulullah mengajar kita supaya berwuduk sebelum tidur, membaringkan badan di atas lambung kanan serta membaca beberapa doa. Antara amalan yang diajarkan Rasulullah SAW kepada puterinya Fatimah ra yang mengadu sangat penat dengan bebanan kerja rumah yang banyak, baginda menasihatkan puterinya supaya mengamalkan zikir Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu akbar sebanyak 33 kali.

Mimpi orang Islam ada tiga peringkat.
Pertama: Bisikan jiwa,

Kedua
Godaan syaitan

Ketiga
ialah gambar gembira daripada Allah. Mimpi sebenarnya tidak akan memenatkan
orang yang tidur jika cara tidurnya betul, kecuali jika dia asyik
terjaga daripada tidur dengan gangguan mimpi.

Jika terjaga, segera bangun berwuduk dan tunaikan solat sunat sebelum menyambung untuk tidur semula. Jika masih gagal, elok berjumpa doktor pakar
bimbang ia penyakit yang perlu diubati.

Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berdukacita

* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan amandansentosa

* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-citaandaakanberjaya.

* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalanganataumati.

* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakanandaakankehilangan harta.

* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.
Kesimpulannya Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

tafsir mimpi tentang apa yang dikerjakan dan dilihat

Mimpi berpergian.
Alamat akan kesusahan dalam hati.

Mimpi sedang berjalan disungai.
Alamat akan berduka.

Mimpi berenang di sungai.
Alamat segala niatnya tidak akan terkabul.

Mimpi bergirang hati.
Alamat akan di murkai oleh Yang Kuasa.

Mimpi bermain-main dengan teman-teman.
Alamat akan mendapat sesuatu rintangan.

Mimpi berjumpa dengan sesama manusia.
Suatu alamat yang paling baik.

Mimpi bertelanjang.
Suatu alamat buruk yang akan menimpa diri anda.

Mimpi bearak-arakan.
Alamat bahawa anda dalam kehidupan selalu diliputi peristiwa ngeri, kesibukan
kerja dan lain-lain yang penuh pekerjaan merintang.

Mimpi bercumbu-cumbuan.
Suatu alamat anda sedang dibicarakan orang.

Berlayar diair yang tenang.
Alamat anda akan mengalami suatu kehidupan yang tenang.

Mimpi akan belanja di toko.
Alamat rumah tangga anda dalam kebahagiaan.

Mimpi berpantang minum segala yang memabukkan.
Alamat kesihatan anda baik sekali.

Mimpi melihat orang muda atau anak-anak berkelahi.
Alamat banyak pertikaian dalam rumah.

Mimpi melihat orang berkelahi.
Alamat anda akan mendapat sesuatu keuntungan dalam perdagangan.

Mimpi melihat binatang berkelahi.
Adalah menandakan suatu peristiwa yang tidak enak pandangan mertua atau ipar-
ipar anda.

Mimpi bertaruh.
Ada suatu tanda yang anda sedang mengikat diri dalam suatu risiko yang
mempertahankan keamanan peribadi.

Mimpi sedang berbicara.
Alamat bahawa soal yang selalu digaduhkan akan selesai sendirinya dalam cara
yang menyenangkan .

Mimpi melihat orang boxing atau anda sendiri yang boxing.
Suatu kesukatan dagang dan kerugian besar.

Mimpi anda digantung atau diikat tangan.
Alamat akan terhindar dari kesalahan.

Mimpi tangan diikat dan leher di gantung.
Itulah alamat akan dijauhkan dari kesalahan.

Mimpi dipanggil oleh seorang sakit.
Alamat akan ada kematian sanak famili.

Mimpi dirantai.
Alamat akan kedatangan dengki dalam hati.

Mimpi ditikam orang dengan menggunakan senjata yang tajam.
Alamat akan terang hatinya.

Mimpi jadi raja.
Suatu alamat bahawa anda akan dianiayai oleh orang-orang yang lebih
rendah daripada mu.

Mimpi jatuh dari bukit atau di pohon.
Alamat akan beristeri.

Mimpi diberi pakaian.
Alamat akan panjang usianya.

Mimpi jatuh.
Memberi alamat harus hati2. Dan jika kejatuhan anda jauh atau tinggi maka
anda akan gagal dalam perdagangannya.

Mimpi terjatuh dari tangga atau atap.
Alamat promosi pekeraan anda akan diberikan kepada orang lain jika anda
tidak memperbaiki nilai dari pekerjaan anda.

Mimpi ditinggalkan oleh kawan-kawan.
Alamat akan menemui kekecewaan yang sedikit hari lagi akan datang.

Mimpi mengajak orang yang sedang berpidato atau pertunjukkan.
Alamat akan mendapat banyak kekecewaan dalam sosial dan pergaulan hidup.

Mimpi difitnah orang.
Ertinya anda akan dipuji-puji dalam sepak terjang anda.

Mimpi sedang bergulat.
Menandakan anda hanya menyia-nyiakan banyak tempo dalam sesuatu.

Mimpi main gitar dalam anda bermimpi.
Ertinya anda mempunyai aristik talent yang harus anda pelihara.

Mimpi melihat orang digantung.
Maka orang yang diimpikan itu akan menerima ganjaran Tuhan serta kurnia.

Mimpi mendapat hukuman mati.
Bererti anda akan panjang umur.

Mimpi iri hati kepada seseorang kerana kekayaan.
Pergaulan, kedudukan sosialnya, kebahagiaannya nyatalah dalam kesedaran
merupakan sebaliknya.

Mimpi berjalan dengan kaki telanjang.
Alamatnya dalam pekerjaan yang sedang anda jalankan sekarang harus dengan
selekas mungkin tinggalkan atau ganti dengan pekerjaan lain.

Mimpi mengepung kenduri.
Itulah alamat akan kehilangan barang milik yang telah di percayai.

Mimpi kegilaan ertinya sebaliknya.
Iaitu dalam sesuatu hal yang paling sukar dengan fikiran yang waras segera
anda selesaikan dengan mudah.

Mimpi seolah-olah kekayaan yang tak dapat di hintung.
Alamatnya anda harus lebih berhati-hati dalam setiap mencari rezeki.

Mimpi ada sesuatu kekerasan.
Bererti sebaliknya, iaitu anda akan menghadapi sesuatu ketenangan dalam
pekerjaan.

Mimpi kebanyakan makan.
Alamatnya anda akan kemalangan atau kesialan. Dan jika makan banyak itu
adalah orang-orang, maka alamatnya bagi anda akan berbahagia.

Mimpi dalam kemiskinan.
Bererti bahawa si pengimpi hidup pamiliar dengan penghasilan yang tertentu
jika memang tidak kaya raya.

Mimpi dalam keadaan marah.
Suatu pengertian yang anda termasuk orang2 yang baik dalam pergaulan.

Mimpi kerosakan apa sahaja.
Alamatnya anda harus lebih berhati-hati dalam setiap pekerjaannya.

Mimpi sedang ketawa.
Alamatnya anda akan mendapat rezeki baik yang harus anda pelihara betul2.

Mimpi dalam keadaan malas.
Bererti anda akan medapat perhatian dari apa yang sering anda kerjakan.

Mimpi makan daging gajah.
Alamat akan banyak rezeki anda.

Mimpi makan sayur dimasak kuah.
Alamat akan beroleh harta yang halal.

Mimpi sedang makan.
Alamatnya segala pekerjaan anda akan berhasil.

Mimpi mandi disungai besar.
Alamat hampir mendekati kesucian.

Mimpi diair hujan.
Alamatnya anda akan terluput dari segala bahaya.

Mimpi mandi disamudera.
Alamat akan tetap harta bendanya atau hingga turun-temurun kpd anak cucunya.

Mimpi tengah mandi.
Alamatnya akan sakit atau kesihatannya akan terganggu.

Mimpi melompat.
Segala yang dikehendaki akan berhasil kerana semata-matausaha anda.

Melompat di kali dan tidak kembali lagi.
Alamat akan dekat ajalnya.

Mimpi melompati titian siratulmustaqim.
Alamat akan diluputkan segala kesukarannya dan akan kaya dari harta benda
yang selama ini dicari-cari.

Mimpi memberikan sesuatu kepada orang lain.
Alamat akan tiba kesukaran.

Mimpi memberi makan bayi.
Bererti akan mempunyai anak yang berbahagia kelak.

Sedang jika memberi makan pada seseorang tua.
Bererti perusahan anda akan maju.

Memberi suara kepada kandidat untuk kepentingan kantor.
Bererti suatu kemajuan dalam hidup anda.

Mimpi membaca buku-buku pengetahuan.
Alamat anda menghadapi kebahagiaan hidup.

Mimpi memburu binatang buas.
Alamat akan bercekcok dengan pesero sepekerjaan.

Memburu binatang jinak.
Bererti anda akan dibingunkan oleh kekacauan masyarakat.

Mimpi mencampuri pemburuan orang.
Alamat anda akan memperoleh suatu posisi kejahatan.

Mimpi dalam pelukan.
Alamat akan terlepas dari segala kesusahan yang selama merajalela.

Mimpi mengetam padi atau sebarang kerja memetik.
Alamat menandakan kemakmuran hidup kewangan sukses.Bila masih bercinta,
maka akan bahagia dan tercapai kesentosaan hidup.

Mimpi menangis.
Alamatnya akan memperolehi keuntungan, mendapat khabar baik dari famili atau
teman.

Mimpi mendengar orang menangis.
Ertinya anda menghadapi suatu masalah sulit yang membutuhkan kebijaksanaan.

Mimpi masak nasi.
Alamatnya akan bermanfaat hidupnya bagi orang banyak.

Mimpi membunuh salah satu makhluk berjiwa.
Alamatnya akan makan harta benda yang haram dari sesamanya.

Mimpi memanjat.
Alamat anda akan beroleh harta atau beroleh barang pakaian.

Mimpi membaca Quran atau berdoa.
Alamat anda akan beroleh kebesaran dan barokah atau kesihatan anda dimurahi.

Mimpi mendaki gunung.
Alamatnya akan beroleh kemuliaan dan murah rezekinya.

Mimpi menyelam sambil minum air.
Alamat akan teguh kepercayaannya.

Mimpi menumpang perahu.
Alamat akan hilang susahnya.

Mimpi memperlagakan haiwan dan kita menang.
Bererti segala usaha kita akan berhasil.

Mimpi sedang bersuka-sukaan.
Alamat akan kesakitan, setidak-tidaknya akan kedatangan kesusahan.

Mimpi sedang mengaji.
Akan tercapai segala niatnya.

Mimpi dihinakan orang.
Bererti akan berpisah dari seseorang yang selalu dikasihani disebabkan pertikaian
dan salah faham.

Mimpi sedang diberi pelajaran.
Alamatnya anda akan menghadapi satu situasi yg memerlukan nasihat dan
pertolongan terutama mengenai perkahwinan dan pekerjaan.

Mimpi sedang mengajar iaitu anda sendiri yang mengajar.
Alamatnya akan ada seorang sahabat yang perlu membutuh petunjuk dan nasihat.

Mimpi menyanyi.
Alamat kehidupan anda dengan kebahagiaan dan pendamaian tetapi tidak
merangsang.

Mimpi menemukan suatu pendapat atau ilmu.
Alamat suatu kemajuan dalam kewangan.

Mimpi mengecat atau melukis rumah.
Alamat anda akan mempunyai pengaruh baik terhadap sahabat dan keluarga.

Seorang wanita bermimpi sedang merajut.
Alamatnya ia akan mendapat bahagia dari kebijaksanaan suaminya, rumah
rumah tangganya, anak anak nya dan sahabatnya.

Bermimpi menyusu.
Itulah alamat beroleh rezeki yang harum.

Bila seorang lelaki mencium seorang perempuan.
Alamatnya dia akan dijajah oleh kaum wanita baik sudah kahwin atau masih solo.

Mimpi meminta izin kepada seseorang.
Alamatnya akan beroleh beras dan lain-lain makanan.

Mimpi minum air madu.
Alamatnya akan bersuka ria.

Mimpi yang sangat menakutkan.
Adalah suatu tanda atau alamat bahawa anda dibawah pengaruh orang lain.

Bermimpi mufakat minggat.
Ertinya perkahwinan anda akan menghadapi kebahagiaan.

Mimpi naik kuda.
Ertinya akan mendapat kemuliaan atau dimuliakan oleh orang agung.

Mimpi berolok-olok sesunguhnya tidak baik.
Alamatnya anda dipandang tidak berharga bagi umum. Sedang olok-olok
orang menandakan anda dapat melepaskan diri dari kegelapan dan pandangan
rendah.

Mimpi nama anda dipanggil.
Alamatnya suatu berita baik sekiranya yang memanggil itu anda kenal.Jika yg
memanggil orang asing maka alamatnya adalah suatu kecelakaan.

Bermimpi satu panggilan dalam telefon.
Ertinya suatu urusan yang anda hanya pandangan remeh dimana sesungguhnya
urusan itu agak penting.

Mimpi dapat sesuatu pekerjaan.
Alamatnya anda akan dapat keuntungan.

Mimpi kehilangan pekerjaan.
Alamatnya anda harus berhati-hati lagi mempertahankan pekerjaan anda
sekarang.

Mimpi sedang berlayat.
Alamatnya anda akan berhasil dalam segala pekerjaan atau cita-cita.

Mimpi menjadi seorang pembuangan disalah satu kota atau negeri.
Ertinya akan ada seorang yang menawarkan pekerjaan kepada anda untuk
kemajuan hidup.

Mimpi membaca atau mengikuti peristiwa tentang pembunuhan.
Alamatnya anda akan mendapat pekerjaan ditempat jauh.

Mimpi akan dibunuh oleh seseorang.
Alamatnya anda harus dengan cara segera menjauhkan diri dari sesuatu
perkara jahat.

Sunday, November 7, 2010

Demam Exam

sebelum study or menjawab exam..elok amalkan membaca doa ini....


mai abang kacak nak nasihat cikit....

selamat menyambut hari peperiksaan semua...all the best...

Tuesday, October 26, 2010

gejala-gejala student nak amek exam.

Symptom symptom student bila final exam minggu depan.

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

p/s; aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.

Friday, October 15, 2010

mengapa wanita memerlukan lelaki??

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Friday, August 27, 2010

kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



~ALLAH knows BESt!~♥

SALAM NUZUL QURAN



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Wednesday, August 18, 2010

8 sikap wanita yang disukai lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Monday, August 2, 2010

KELEBIHAN RAMADHAN...selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.